Saturday 28 May 2011

Inovsi Di Masa Depan.

Hari ini ana nak tulis pasal inovasi pada antum semua.Ball pen tercpta pada tahun 1888. Namun sebenarnya sebelum ini mereka menulis mengguna satu cecair untuk menulis.

HEART-SHAPE PEN-DRIVE
 
Ana rasa benda ini sesuai dengan kaum perempuan . Lainlah jika lelaki pun nak pakai. Benda ni boleh dijadikan sebagai aksesori dan storage data.




Ini merupakan bahan recycle dari pen dan bekas ink . Sangat unik dan cantik.

 Hasil rekaan berdasarkan bulu pelepah. Entah la keras atau tak.

  Blood Pen
                 Jika antum isikan pen ini dengan darah anda (untuk alasan yang munasah) 
            ini bermakna antum menulis dengan darah antum sendiri.
Ini hanyalah untuk menunjukkan kreativiti.

Multi Functional Multimedia Pen Design


Pen ini boleh menukar sama ada antum ingin guna 
-Fountain  pen 
-pensil picit
- digital pen
-kamera
-mikrofon
- laser pointer
-chop
-penyambung untuk internet dan komputer
-muzik player
- memori kad
-fail
-Bateri.
-Plug kecil untuk mengumpul data terus dari komputer .

Banyak lagi yang ana ingin tulis tapi ana ada di kampung , waktu jelous pada ana,so sampai di sini saja ya.
Jumpa lagi.


Tuesday 22 March 2011

Genetic modified food.





 Pengubahsuaian Genetik (GM)

Kalau hendak tahu maksud di atas GM ini dapatmengubah struktur DNA makanan. Contohnya buah epal isi oern, buah oren isi kiwi dan macam-macam lagi.


 

Tidak dapat dinafikan, makanan GM ini telah mula ‘dihidangkan’ semenjak tahun 1996 lagi. Makanan GM pertama yang dikomersialkan adalah tanaman tomato yang dipanggil ‘FlavrSavr’ dihasilkan oleh Calgene (Brainyencyclopedia, 2004). Pada tahun 1992, Calgene telah menghantar tomato ini kepada U.S Food and Drug Administration (FDA) untuk dijalankan ujikaji.



Menerusi keputusan yang diperoleh daripada FDA, tomato ‘FlavrSavr’ didapati tidak mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan sekaligus tidak memerlukan sebarang label pemberitahuan bahawa ia adalah makanan GM. Keputusan ini juga membolehkan tomato ini dipasarkan pada tahun 1994.

Kendatipun tujuan awalannya kelihatan tulus murni, makanan GM masih lagi berada di dalam kategori ‘kelabu’ atau samar-samar. Sehingga ke hari ini, tiada jaminan diberikan terhadapnya untuk pengambilan jangka panjang. Menerusi kajian para saintis, makanan GM ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.
Edwin Chargoff, yang dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.


Seperti juga dakwaan Bapa Biologi Molekul, Pertubuhan Perubatan Amerika juga telah mengeluarkan laporan yang sama terhadap kemungkinan proses GM ini berupaya mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Antara kegusaran yang dilaporkan adalah kemungkinan tanaman yang melalui proses GM dan (kejuruteraan genetik) GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.


Selain daripada kesan terhadap alam, kaedah GM ini akan berupaya mengubah alam semulajadi dengan menukar lumrah alam apabila binatang ternakan ditukar daripada kelompok herbivor kepada karnivor (Persatuan Sumber Asli United Kingdom:2005).
Menurut laporan tersebut, kebiasaannya pada musim sejuk, rumput adalah tidak subur. Oleh sebab itu, pada masa tersebut, binatang ternakan akan diberi makan kacang soya sebagai makanan gantian. Bagaimanapun, terdapat juga penternak menggunakan bangkai binatang ternakan sebagai ganti bagi mengurangkan kos dan mengakibatkan penularan penyakit lembu gila berpunca daripada tindakan penternak-penternak tersebut.


Ketidakpastian terhadap status makanan GM ini juga telah mengubah tujuan asalnya sebelum ini dengan tindakan sesetengah negara Afrika seperti Sudan dan Angola menolak bantuan makanan yang datang daripada Bantuan Makanan Amerika Syarikat (US Food Aid). Kerajaan Sudan misalnya pada tahun 2003, telah mengeluarkan memorandum berhubung bantuan makanan ini agar menjamin bantuan makanan yang dihulurkan kepada mereka adalah bebas daripada sebarang bentuk unsur GM.


Perkara apakah lagi yang tidak menakutkan selain mengetahui makanan yang kita ambil jika tidak semua, sedikit adalah terdiri daripada gen manusia seperti yang dilakukan oleh para saintis Jepun yang telah menghasilkan sejenis padi yang tahan dengan bahan kimia dengan menggunakan gen yang diambil daripada hati manusia dan tomato yang diubahsuai dengan gen ikan? Adakah tindakan yang diambil kerajaan Sudan ini ibarat tidak sedar dek untung?



Islam mengajar penganutnya berbuat baik kepada alam dan senantiasa bertanggungjawab menjaga alam ini bertepatan dengan peranannya sebagai khalifah di bumi. Islam tidak pernah menyulitkan. Malahan, Islam menganjurkan proses GM ini bagi mencapai kemaslahatan sejagat. Di dalam hadis, Rasullullah s.a.w pernah menegah orang Arab yang sedang mengkacukkan pohon kurma dengan menyuruh mereka membiarkan pohon itu berbuah secara semulajadi. 


Walaubagaimanapun, pohon yang dibiarkan berbuah secara semulajadi itu tidak berhasil. Seraya itu, Rasullullah s.a.w berkata, “Kamu lebih mengetahui tentang urusan kamu.”


Syariah Islam tidak meletakkan batasan yang terlalu tegas di dalam hal ehwal duniawi yang terbukti bermanfaat kepada manusia jagat dan begitu juga sebaliknya. Merujuk kepada hadis tadi, Rasulullah s.a.w lebih menerima keadaan alam secara lumrahnya tanpa campurtangan manusia. Walaubagaimanapun, jika diperlukan sebarang perubahan dan campurtangan demi kemaslahatan manusia, baginda Rasulullah s.a.w memperkenankan tindakan tersebut.

The World' First Scientific Taste Sensor.

Keajaiban rasa



Apabila anda meletakkan makanan, partikel rasa yang terkena pada deria rasa atau taste buds menyebabkan tindak balas kimia menghantar maklumat pada otak. Otak akan mengenal pasti rasa makanan tersebut sama ada masam, manis atau pahit.
Kita mempunyai lima asas rasa iaitu, masam, pahit ,manis, masin, savory atau umami.
Anda boleh rujuk gambar dibawah.
Satu kajian telah dijalankan.Apabila berlaku percampuran rasa makanan menyebabkan rasanya berubah.Cuba anda makan timun bersam madu sambil memejamkan mata. Pasti anda dapat merasakan bahawa yang anda makan ialah melon. Rasanya akan berubah bergantung pada kadar jumlah percampuran kedua-dua bahan.Pelbagai lagi rasa yang dapat dirasai melalui percampuran makanan . Hal ini menyebabkan berlakunya penciptaan ' Scientific Taste Sensor ' Satu alat yang dapat mengenal pasti rasa sesuatu bahan.

Contohnya percampuran bahan seperti di bawah:


Saturday 19 March 2011

walking school bag




carp streamers

Carp Streamers



Making a a Wish for Tanabata.

Making a a Wish for Tanabata.




Summer Festival

Summer Festival
 

 

Rahsia Islam yang kini kian lenyap .

                 Pada masa ini ramai pihak yang ingin merosakkan Islam . Tengoklah Yahudi , kalau kita kaji tentang fahaman zionis memang tidak masuk dek akal langsung.

                Kalau nak tau kebanyakan cite kat tv tu dpa amik dalam Al-Quran tau dak. macam Terminator yang dikaitkan dengan yakjuj dan makjuj. Banyak lagi lah kalau nak tau yang kadang-kadang kite sendiri x perasaan.

                 Nie ada satu cite pasal firaun yang menjumpai bayi lelaki oleh isterinya di sungai. Anak laki dia conform  dia x bunuh , kecuali anak laki yang lein tu la dia takut nanti dia ditewaskan.

                 Bayi  yang dijumpai itu x dibunuh sebab firaun tu da penyakit kusta. Bayangkan dia baru sentuh bakul yang ada bayi itu penyakit dia terus sembuh. Sapa yang x syok tu la sebab dia x bunuh . Nie la benda yang kebanyakan orang x tau , sedih. Firaun tu x sangka bayi tu lah yang akan tentang dia nanti.


               Satu lagi mungkin kite sangka sekolah pondok lekeh la apalah . Tapi kat sana la banyak ilmu yang kita nak dapat , lain dari yang lain. Ilmu kat sana boleh kita guna untuk pertahankan agama kita nie.Jadi renung-renungkan lah.

Sejarah Penyakit Strok.

Sejarah Penyakit Strok.

 Pada zaman dahulu semasa zaman nabi Sulaiman A.S.


                 Semasa baginda mengadap segala rakyatnya (jin, manusia dan binatang) .Sulaiman berasa bangga pada diri. Lalu tertanya dalam hatinya, siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk padanya, lalu menjelma lembaga merah yang kelihatan gagah , hebat dan garang membuatkan Nabi Sulaiman A.S. terkejut dan menggeletar.


               Sulaiman  bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia adalah Ar-Raihul Ahmar(Angin Ahmar) iaitu penyakit yang berbahaya dari penyakit-penyakit  lain. Dia diberi kuasa untuk memberi kesakitan kepada anak cucu adam . Ia juga
 dapat  menyerap ke dalam urat saraf , darah dan otak sehingga seseorang itu 
hilang akal.
 
 
       Sulaiman A.S. mengarah panglima-panglimanya membunuh lembaga itu , 
namun ia berkata bahawa ia tidak boleh dibunuh oleh sesiapa pun,lalu ia 
menghilangkan diri. 
 
 
       Angin Ahmar masih ada hingga zaman Nabi Muhammad SAW dan pada hari ini.
 
       Cucu  baginda, iaitu Saidina Hassan bin Ali yang  pernah 
terkena penyakit rongga dan keluar darah. Turunnya Malaikat Jibril memberitahu
bahawa  Hassan terkena penyakit Angin. 
 
      Baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab 'ada' lalu ia
 ghaib.  Sebentar kemudian kembali  memberitahu Rasulullah bahawa Allah 
 telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacakannya walaupun 
 sekali seumur hidup.
 
 
      Baginda pun membaca doa ini, lalu Saidina Hassan pun sembuh.
 Baginda menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada 
 umat Islam yang lain . Kepada mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar, hendaklah
 berusaha mengamalkan doa ini seberapa kerap, terutamanya selepas solat. Sesetengah
 ulama  menulis doa ini dengan dakwat pada mangkuk atau pingan putih, kemudian di
 basuh  dengan air lalu sebahagiannya di sapu pada anggota yang terkena penyakit.